Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis berbuka puasa bersama anak yatim PPDB

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MAC – Seramai 68 orang telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak-anak Yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) anjuran Perkumpulan
    Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI), kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Restoran Tarindak D’Seni itu ialah Yang Dipertua PEKERTI, Pengiran Datin Hajah Zauyah binti Pengiran Haji Sulaiman.

    Pada majlis itu, anak-anak yatim turut menerima sumbangan hamper yang disampaikan oleh tetamu kehormat.

    Majlis berkenaan dapat mengeratkan silaturahim dan persahabatan antara ahli-ahli PEKERTI dan anak-anak yatim terutama sekali di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini.

    Ke arah itu, PEKERTI akan terus memberikan komitmen yang tinggi dan mempertingkatkan usaha-usaha pada masa akan datang bagi membantu anak-anak yatim PPDB.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi PEKERTI, Datin Sabrina binti Abdullah Chong dan Pengerusi Badan Kebajikan PEKERTI, Dayang Rokiah binti Joly @ Julai selaku pengerusi majlis serta ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi PEKERTI dan Jawatankuasa Kerja Badan Kebajikan PEKERTI.

    Pengiran Datin Hajah Zauyah bergambar ramai bersama anak-anak yatim PPDB pada majlis yang diadakan di Restoran Tarindak D’Seni, baru-baru ini. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda