Thursday, February 13, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis bersama rakyat di UK dan Eire pada 28 Disember

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha akan berangkat menghadiri Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di United Kingdom (UK) dan Eire pada 28 Disember di London.

    Majlis tersebut akan memberikan peluang keemasan kepada rakyat dan penduduk khasnya yang berada di UK dan Eire yang terdiri daripada penuntut-penuntut, pegawai-pegawai kerajaan dan mereka yang sedang dalam percutian untuk berjunjung ziarah dan beramah mesra kehadapan majlis Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri.

    Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen serta DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah semasa bergambar ramai pada Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di UK dan Eire pada 18 Disember 2022. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha semasa berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan Penduduk Negara Brunei Darussalam yang berada di UK dan Eire pada 18 Disember 2022. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda