Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis bertadarus Kementerian Pendidikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mei – Dalam menyemarakkan lagi bulan suci Ramadan ini, Kementerian Pendidikan mengadakan Majlis Bertadarus Sempena Bulan Ramadan Tahun 1440 Hijrah / 2019 Masihi yang bermula hari ini dengan majlis pembukaan di Surau Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis pembukaan tadarus tersebut ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman serta 140 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan, pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tadarus Al-Quran.

    Majlis bertadarus merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan sempena menyambut bulan Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan bulan Ramadan Al-Mubarak, di samping mendapatkan ganjaran pahala serta keberkatan daripada Allah SWT.

    Pada tahun ini, majlis dianjurkan oleh Jabatan Pentadbiran dan Perkhidmatan-perkhidmatan, Kementerian Pendidikan.

    Suasana Majlis Bertadarus Sempena Bulan Ramadan di Surau UNISSA.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda