Wednesday, September 11, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis ceramah semarak Sambutan Israk Mikraj

    Oleh Yusrin Junaidi & Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Israk dan Mikraj, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis ceramah di Surau Polis Gadong, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pesuruhjaya Polis, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin berserta para pengarah, timbalan pengarah, para pegawai pemerintah daerah polis, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai kanan, anggota serta kakitangan PPDB.

    Ceramah bertajuk ‘Keagungan Peristiwa Israk dan Mikraj’ telah disampaikan oleh Pega-wai Perkembangan Ugama Ketua Unit Ceramah, Bahagian Penyebaran Dakwah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa.

    Majlis yang dikelolakan oleh Badan Ugama Islam (BUI), PPDB itu diakhiri dengan bacaan
    Doa Selamat dan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis di Surau Polis Gadong.
    Gambar ramai pada majlis anjuran Daerah Polis Temburong dan Masjid Kampung Labu Estate.

    Sementara itu, baru-baru ini, Daerah Polis Temburong bersama Masjid Kampung Labu Estate turut memperingati peristiwa Israk dan Mikraj dengan mengadakan majlis ceramah sebagai sebahagian daripada aktiviti keagamaan tahunan mereka.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Masjid Kampung Labu Estate itu ialah Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Muhammad Ameer Mubaarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Sulaiman bin Haji Nasir selaku Ketua Kampung Labu Estate dan Piasau-Piasau dan Pegawai Pemerintah Daerah Polis Temburong, Penguasa Polis Haji Muhammad Irham bin Haji Arshad.

    Ceramah ‘Peristiwa Dari Langit’ pula telah disampaikan oleh Awang Mohd Safwan bin Zolkifli.

    Majlis tersebut juga bertujuan sebagai wadah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara pasukan keselamatan dan warga masyarakat mukim dan kampung.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda