Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OKT – Bahagian Pembangunan Mualaf (Pengupayaan Mualaf) malam tadi telah mengendalikan Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW bersama Mualaf serta tazkirah bertajuk Menzahirkan Cinta Terhadap Rasulullah dengan Berselawat yang disampaikan oleh Pegawai Perkembangan Ugama, Pejabat Unit Dakwah Daerah Temburong, Dayang Nurul Ain binti Mohd Redzuan di Balai Ibadat Semabat, Daerah Temburong.
Hadir selaku ketua rombongan ialah Pemangku Penolong Pengarah, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Pengiran Norhayati binti Pengiran Haji Kasharan.
Rombongan turut dihadiri oleh para pegawai dan kakitangan dari Bahagian Penyebaran Dakwah serta para mualaf dan penduduk kampung sekitarnya.
Majlis dikir bersama mualaf di kawasan pedalaman itu bertujuan untuk menggalakkan para mualaf melibatkan diri mengikuti aktiviti atau majlis keagamaan dan membesarkan hari-hari kebesaran Islam.