Tuesday, September 17, 2024
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Dikir Maulud diteruskan di Jerudong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semalam menghadiri Majlis Dikir di Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

    Majlis yang dikendalikan oleh Kementerian Kebudayaan,  Belia dan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (KKBS) dan juga Jabatan Muzium-Muzium itu dihadiri oleh Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Mulia Haji Asiruddin bin Haji Zaini selaku ketua rombongan majlis dan juga Pemangku Pengarah Muzium-Muzium, Jabatan Muzium-Muzium, Pengiran Haji Rosli bin Pengiran Haji Halus.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjemaah dan disusuli dengan bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan dikir maulud juga dibacakan sebelum diteruskan dengan Dikir Khairuman/ Dikir Badat oleh Kumpulan Firqah Al-Falaah, KKBS.

    Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak berjemaah, diikuti Dikir Marhaban dan Doa Dikir dibacakan oleh Awang Mohd Hafiq Fakhry bin Affandi, Bilal Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong. Sementara Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Awang Haji Muhammad Yadiy bin Haji Yusof, Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampong Jerudong.

    Turut hadir ke majlis berkenaan adalah pengarah-pengarah bahagian dan jabatan, pegawai dan kakitangan KKBS dan jabatan-jabatan dibawahnya.

     Suasana sekitar dikir maulud berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KKBS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda