
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Dis – Majlis Dikir yang diadakan selama 12 malam berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad S.A.W berakhir semalam dengan majlis penutup yang diadakan di semua masjid, surau, balai ibadat di seluruh negara.
Majlis penutup dikir tersebut tertumpu di Masjid Omar Ali Saifuddien di ibu negara dengan dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku tetamu kehormat majlis. (Klik di sini untuk berita lanjut)