Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Doa Kesyukuran sempena ulang tahun MRSB

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Sempena 10 tahun pembinaan Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar, Jawatankuasa Takmir MRSB telah mengadakan majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di masjid berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan, Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim dan Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

    Majlis pada malam tersebut diisikan dengan Doa Kesyukuran Khas 10 Tahun masjid berkenaan dan ceramah yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Jame’ Asr’ Hassanil Bolkiah, Pengiran Ahmad Faris Ramadhani bin Pengiran Haji Selahuddin.

    Hadir sama pada majlis tersebut ialah Penaung Bersama Jawatankuasa Takmir MRSB, Dato Seri Setia Haji Ali bin Haji Apong dan Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim, Haji Mohammad Rosli dan Haji Amir Hisham semasa menghadiri majlis berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda