Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), baru-baru ini, telah mengadakan majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal haji yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.
Dua orang pegawai dan seorang kakitangan jabatan tersebut akan menunaikan haji bagi tahun ini, iaitu Penolong Pengarah Teknikal Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi; Pegawai Balai Haji Saman bin Haji Saidin dari Cawangan Operasi F; dan Tukang Masak di Cawangan Operasi F, Dayang Ruhil Alina binti Haji Samny.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah JBP, Lim Hock Guan.
Majlis telah dimulakan dengan sembahyang hajat kemudian Surah Yasin dan tahlill dibacakan oleh Ahli Bomba No.1026 Amin bin Zainuddin.
Di kesempatan itu, seluruh warga jabatan tidak lupa mendoakan kepada bakal-bakal Jemaah haji selamat pergi dan kembali dengan mendapat haji yang mabrur.
