Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Selamat bagi bakal jemaah haji

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), baru-baru ini, telah mengadakan majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal haji yang berlangsung di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas.

    Dua orang pegawai dan seorang kakitangan jabatan tersebut akan menunaikan haji bagi tahun ini, iaitu Penolong Pengarah Teknikal Nohi Irwan Surkarki bin Haji Pawi; Pegawai Balai Haji Saman bin Haji Saidin dari Cawangan Operasi F; dan Tukang Masak di Cawangan Operasi F, Dayang Ruhil Alina binti Haji Samny.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan yang disempurnakan oleh Pemangku Pengarah JBP, Lim Hock Guan.

    Majlis telah dimulakan dengan sembahyang hajat kemudian Surah Yasin dan tahlill dibacakan oleh Ahli Bomba No.1026 Amin bin Zainuddin.

    Di kesempatan itu, seluruh warga jabatan tidak lupa mendoakan kepada bakal-bakal Jemaah haji selamat pergi dan kembali dengan mendapat haji yang mabrur.

    Lim Hock Guan menyerahkan sumbangan kepada salah seorang bakal jemaah haji pada majlis yang diadakan di Surau Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat, Jalan Landasan Lama Berakas. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...