BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Okt – Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Gendang Jaga-jaga bersempena Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta yang bermula 3 Oktober lalu berakhir hari ini dengan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga.
Majlis dilangsungkan di hadapan majlis Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah di Baitur Rahmah, Istana Nurul Iman, di sini.
Terdahulu, majlis dimulakan dengan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Seri Dewa Mejar Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Mohammad bin Haji Daud menyembahkan kepada Yang DiPertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz bahawa Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-jaga telah siap sedia.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)