Jumaat, 21 November 2025
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis graduasi raikan 38 murid JKMS

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Seramai 38 murid Sekolah Joyful Kids Montessori (JKMS) diraikan dalam Majlis Graduasi dan Program Akhir Tahun Ke-18 yang berlangsung di Grand Cesar Hall, Hotel Mulia pada 15 November lalu.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian sijil kepada para graduan yang diraikan ialah Dekan Institut Pendidikan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SHBIE), Universiti Brunei Darussalam, Dr Hajah Hardimah binti Haji Mohd Said.

    Dalam ucapannya, Dr Hajah Hardimah menyatakan sebagai seorang pendidik, beliau percaya bahawa pembelajaran awal kanak-kanak merupakan salah satu asas penting dalam kehidupan kanak-kanak.

    Beliau juga merakamkan penghargaan kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan serta usaha yang diketengahkan bagi memastikan penyampaian pendidikan awal yang terbaik kepada para murid.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada seramai 38 orang graduan yang berjaya untuk menamatkan program Montessori selama tiga tahun dengan sekolah berkenaan.

    Majlis kemudian menyaksikan persembahan bakat daripada murid-murid dari setiap bilik darjah melalui bakat individu dan tarian berkumpulan di bawah tema, Today’s Learners, Tomorrow’s Leaders.

    Majlis Graduasi dan Program Akhir Tahun berkenaan merupakan hari sambutan yang menggembirakan kerana ia membuktikan hasil daripada Kaedah Pendidikan Montessori, di mana setiap kanak-kanak dihormati sebagai mempunyai minda dan kuasa untuk membina dirinya sepanjang hayat.

    Persekitaran Montessori memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi penuh mereka selaras dengan visi dan misi sekolah.

    Dr Hajah Hardimah menyampaikan ucapannya di majlis berkenaan.
    Atas & Bawah: Dr Hajah Hardimah menyampaikan sijil kepada antara pelajar yang diraikan.

    Antara persembahan daripada para murid yang menyerikan lagi majlis. – Gambar serahan JKMS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda