Monday, October 28, 2024
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis graduasi raikan keputusan cemerlang SSSRU

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OKT -Seramai 50 pelajar telah menduduki Peperiksaan Sijil-Sijil Rendah Ugama (SSSRU) dan 18 pelajar daripadanya mendapat keputusan cemerlang baru-baru ini.

    Sehubungan itu, Majlis Graduasi Pelajar Darjah 6 2022 dan 2023, Sekolah Ugama Rimba II, Brunei III telah diadakan di Mulia Hotel, Anggerik Desa untuk meraikan kejayaan pelajar-pelajar tersebut.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid yang diraikan di majlis berkenaa ialah Guru Besar Sekolah Ugama Rimba II, Yang Mulia Ustaz Haji Mohd Noorariffin bin Durahim.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh Haji Rudi bin Samsudin dan diikuti dengan penyampaian hadiah kepada pelajar yang diraikan dan diselajurkan dengan penyampaian hadiah kepada Guru-Guru SSSRU bagi tahun 2022 dan 2023.

    Majlis seumpama itu diharap dapat menyemarakkan lagi semangat murid-murid untuk terus berusaha dalam mencapai keputusan yang lebih dalam pelajaran masing-masing.

    Salah seorang guru cemerlang SSSRU yang menerima hadiah.
    Gambar ramai pelajar yang diraikan bersama tetamu kehormat. – GAMBAR SERAHAN SU RIMBA II

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda