Wednesday, April 16, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Haflut Takharruj rai 261 pelajar SUAMPRIPAHS

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Majlis Haflut Takharruj Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) Kali ke-8 meraikan 261 pelajar telah diadakan di Dewan Besar sekolah berkenaan di Kampong Katok pagi tadi.

    Daripada jumlah 261 pelajar-pelajar Tahun 10 (Fast Track) dan 11 yang berjaya menamatkan pembelajaran tahun 2024 berkenaan, seramai 31 orang pelajar menerima Hadiah Pelajar Terbaik dalam Peperiksaan Sijil Peperiksaan Ugama Brunei (SPUB) dan 10 pelajar pula menerima Hadiah Pelajar Terbaik dalam Peperiksaan Brunei General Cambridge Examination ‘O’ Level.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar ialah Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Misle bin Haji Abd Karim.

     Awang Misle hadir selaku tetamu kehormat dalam majlis berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Abd Mukmin bin Haji Awang dan diikuti ucapan alu-aluan oleh Pemangku Pengetua SUAMPRIPAHS, Ustazah Dayangku Aidi Noorintan binti Pengiran Haji Mohamad Zinin, selaku pengerusi majlis.

    Antara pelajar yang diraikan.

    Selain itu, majlis juga menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Sains, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik Aliran Arab dan Anugerah Pelajar Terbaik Ko-kurikulum.

    Atas & Bawah: Antara pelajar yang diraikan semasa majlis berkenaan.

    Majlis juga turut menyaksikan penyampaian penghargaan kepada 35 orang guru cemerlang yang menyumbang kepada kejayaan akademik sekolah berkenaan bagi tahun 2024.

    Acara kemuncak majlis menyaksikan penyampaian Anugerah Pelajar Mithali sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Ali Mohamed Moustafa Ali El-Saghir.

    Turut hadir ke majlis berkenaan adalah para ibu bapa dan penjaga pelajar-pelajar yang diraikan.

    Antara pengisian yang diadakan semasa majlis berkenaan.
    Atas & Bawah: Antara yang hadir semasa majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda