Friday, November 29, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis hargai jasa pegawai, kakitangan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Seramai 201 pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang telah bersara pada tahun 2022, hari ini, menerima sijil penghargaan masing-masing pada Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat yang seterusnya menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan kepada pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Majlis tersebut antara lain bertujuan untuk menghargai dan mengenang jasa bakti serta sumbangan pegawai-pegawai dan kakitangan yang pernah berkhidmat dengan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya mereka yang menamatkan perkhidmatan di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Turut hadir ialah timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan atau divisyen, pegawai-pegawai dan kakitangan kementerian berkenaan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    ATAS & BAWAH: Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada salah seorang penerima pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
    GAMBAR SERAHAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda