Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 MAC – Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada mantan-matan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Pelajar Sesi 2023/2024 yang telah berjaya menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka, Majlis Malam Apresiasi Perwakilan Pelajar, Persatuan Pelajar, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) Sesi 2023/2024, telah diadakan di Jerudong, baru-baru ini.
Majlis berkenaan diserikan dengan kehadiran Raes KUPU SB, Profesor Madya Dr Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani serta pertandingan pantun antara Mantan MPP, Persatuan Pelajar Sesi 2023/2024 dan MPP, Persatuan Pelajar Sesi 2024/2025 turut diadakan.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada mantan Majlis Perwakilan Pelajar yang diraikan.
Menerusi majlis berkenaan, diharap ia dapat memberikan dapat memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mantan MPP, Persatuan Pelajar sesi 2023/2024 serta meningkatkan semangat dan motivasi ahli baharu untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.
