Saturday, March 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis ibadah korban di Sarawak dipantau

    KUCHING, 31 JULAI – Majlis ibadah korban selama tiga hari di Sarawak, yang bermula hari ini, akan dipantau bagi memastikan pihak pengelola mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Islam Sarawak (MIS).

    Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata pematuhan terhadap garis panduan dan SOP adalah perlu sebagai langkah berjaga-jaga dalam mengekang risiko penularan wabak COVID-19.

    “Antara garis panduan dan SOP yang ditetapkan MIS dan wajib dipatuhi semua ahli jawatankuasa pengelola ialah semua majlis ibadah korban hanya dibenarkan di dewan atau perkarangan masjid, surau dan rumah penyembelihan,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Korban Perdana peringkat negeri di Dewan Hikmah di sini, hari ini.

    Katanya, jawatankuasa pengelola juga wajib mendapatkan kebenaran bertulis daripada MIS dan Jabatan Veterinar untuk pengesahan kesihatan lembu-lembu yang hendak dikorban-kan. – Bernama

    Sukarelawan Masjid Jamek Sarawak melapah daging lembu mengikut SOP langkah-langkah pencegahan COVID-19 pada majlis Korban Perdana Peringkat Negeri Sarawak di pekarangan Ibu Pejabat Harakah Islamiah (HIKMAH), Kuching, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda