Sunday, February 23, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Ilmu mercu tanda kepimpinan Baginda Sultan

    Oleh Salawati Haji Yahya, Sim. Y.H. & Syahmi Hassan

    Gambar Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Nov – Sejak diadakan pada tahun 2004, Majlis Ilmu menjadi mercu tanda kepimpinan intelektualisme Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan menjadi ristaan baik dalam menyatakan perhatian berat Baginda mengenai kepentingan ilmu dan usaha menguasai ilmu sesuai dengan ajaran Islam.

    Majlis Ilmu yang diadakan setiap tahun selama 13 tahun ini adalah sebahagian daripada acara perayaan ulang tahun Hari Keputeraan Baginda Sultan sebagai memberikan nilai tambah kepada perayaan seterusnya menjadikan ia sebahagian dari pemangkin bagi penghayatan beragama yang meliputi pelbagai bidang.

    Istimewa pada tahun ini, ia diungkayahkan bertepatan dengan Sambutan Jubli Emas Baginda Menaiki Takhta, tambah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

     

    (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)

    http://digital.mediapermata.com.bn

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda