Majlis Istiadat Membuka Naubat setelah Naubat ditutup selama tujuh hari, bermula dari 13 hingga 19 November atas kembalinya ke rahmatullah Pengiran Anak Hajah Kamilah binti Pengiran Indera Mahkota Pengiran Anak (Dr) Kemaluddin Al-Haj. Istiadat yang diadakan di Lapau, ibu negara itu dihadiri oleh pengiran-pengiran cheteria, menteri-menteri kabinet, ahli-ahli Majlis-majlis Mesyuarat, timbalan-timbalan menteri, pengiran-pengiran peranakan, pehin-pehin manteri, manteri-manteri hulubalang dan manteri-manteri pedalaman serta para jemputan.

