Wednesday, March 26, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis junjung ziarah pada Hari Raya kedua, ketiga

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MAC – Pada menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pemangku Grand Chamberlain mengumumkan bahawa sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 1446 Hijrah / 2025 Masihi, Istana Nurul Iman akan dibuka selama dua hari iaitu pada Hari Raya kedua dan Hari Raya ketiga.

    Majlis junjung ziarah akan diadakan pada jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, dan jam 2 petang hingga 4 petang bagi membolehkan orang ramai mengadap dan menjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha serta kerabat diraja.

    GAMBAR FAIL AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda