Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan DST sempena ulang tahun ke-22

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Syarikat telekomunikasi DST hari ini mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena ulang tahunnya yang ke-22, bertempat di ibu pejabat syarikat itu di Tungku Link di sini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Haji Marsad bin Haji Ismail.

    Majlis tersebut diakhiri dengan solat Asar berjemaah yang diimamkan oleh Haji Zamhari bin Haji Ibrahim dari Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

    Ia merupakan salah satu aktiviti tahunan syarikat tersebut yang antara lain bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan dan kakitangan DST.

    Acara tersebut diisikan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.
    Acara tersebut diisikan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah.
    Antara yang menyertai acara tersebut.
    Antara yang menyertai acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda