Oleh Daniel Lim –
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JUN – Bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama mereka, mantan anggota bomba dan penyelamat serta ahli keluarga mereka telah mengadakan majlis tahlil dan Doa Arwah di Kafe Al-Afiah, Kiulap, pada 30 Mei lalu.
Hadir pada majlis itu ialah mantan Pengarah Bomba dan Penyelamat, Haji Awang Johari bin Jaludin yang diiringi bekas rakan sekerjanya, Pengiran Dr Haji Haris bin Pengiran Haji Abdul Rahman.
Pada majlis itu, bacaan Tahlil dan Doa Arwah telah dipimpin oleh Haji Adanan bin Haji Ahmad.
