Monday, July 1, 2024
23 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan sambut Hari Antarabangsa Dadah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JUN – Biro Kawalan Narkotik (BKN) hari ini mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan Membaca Surah Al-Kahfi sempena Sambutan Hari Antarabangsa Penyalahgunaan dan Pengedaran Dadah Haram.

    Majlis berkenaan diadakan secara serentak di masjid-masjid utama di semua daerah itu diteruskan dengan bacaan Doa Selamat bagi Negara Brunei Darussalam agar dijauhkan daripada anasir dadah.

    Di Daerah Brunei dan Muara, majlis diadakan di Masjid Ash Shaliheen, dan hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pengarah BKN, Awang Zainol Adi bin Haji Jamain.

    Turut hadir bagi meraikan majlis tersebut, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan warga kerja BKN.

    Manakala di Daerah Tutong diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, dan di Daerah Temburong telah diadakan di Masjid Utama Muhammad Salleh, Pekan Bangar, sementara di Daerah Belait diadakan di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait.

    Warga BKN menyertai Majlis Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah dan Membaca Surah Al-Kahfi di Masjid Ash Shaliheen. – GAMBAR SERAHAN BKN
    Antara yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN BKN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Xi akan lawat Kazakhstan, Tajikistan 2 Julai

    BEIJING, 30 JUN - Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri mesyuarat pemimpin dan mengadakan lawatan negara ke Kazakhstan dan Tajikistan mulai Selasa ini, kementerian...