Friday, September 20, 2024
29.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena Hari Guru

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 SEPT – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan petang tadi mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil sempena Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-34 Tahun 2024, bertempat di Kubah Makam Diraja, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

    Hadir ke majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Majlis membaca Surah Yasin dan Tahlil berkenaan dikhususkan bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit serta Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim.

    Seramai 500 orang terdiri daripada para pegawai kanan dan pegawai serta guru-guru dari institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dan KHEU menghadiri majlis berkenaan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi, Awang Faizal bin Janip @ Rosli. Diikuti dengan bacaan Tahlil dan Doa Arwah.

    Turut hadir Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama ialah Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi) di Kementerian Pendidikan Dr Haji Azman bin Ahmad; Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali; timbalan-timbalan setiausaha tetap serta ketua-ketua jabatan dan para pegawai kanan KHEU dan Kementerian Pendidikan.

    Tema bagi Majlis Sambutan Hari Guru Negara Brunei Darussalam ke-34 Tahun 2024 ialah Guru Berkualiti Pemacu Transformasi Pendidikan.

    Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda