Tuesday, December 17, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena HPPPN

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Sempena Sambutan Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (HPPPN) 2024, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) petang tadi mengadakan Majlis Sembahyang Sunat Hajat Berjemaah, Membaca Surah Yassin, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang diselajurkan dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah di Masjid Pengiran Muda Abdul Mateen, Kampung Mulaut.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

    Turut hadir setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap di KSSUP, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan dari jabatan-jabatan di bawah kementerian berkenaan, para peladang, petani, penternak dan nelayan-nelayan serta pengusaha agrimakanan di seluruh negara.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda