Monday, May 12, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena INMD 2025

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 MEI – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) melancarkan Sambutan Hari Jururawat dan Bidan Antarabangsa (INMD) 2025 dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Surau Utama, JPMC, baru-baru ini.

    Majlis itu menandakan bermulanya inisiatif kebajikan dan kesejahteraan sepanjang bulan bagi menghormati dedikasi jururawat dan bidan sambil menyokong masyarakat yang terdedah.

    Pelancaran berkenaan disempurnakan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam kapasitinya sebagai Pengerusi Lembaga Eksekutif JPMC.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran yang diketuai oleh Awang Ishkandar bin Haji Buntar dan diikuti dengan penyampaian sumbangan derma kepada anak yatim serta individu berkeperluan khas.

    Sambutan INMD 2025 membawa tema, Jururawat Kita. Masa Depan Kita. Menjaga Jururawat Mengukuhkan Ekonomi.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyampaikan sumbangan derma kepada individu berkeperluan khas. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham ketika hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JPMC
    GAMBAR SERAHAN JPMC
    GAMBAR SERAHAN JPMC

    Pengarah Kejururawatan JPMC, Chung Yei Fui menekankan signifikan tema berkenaan di mana ia menghormati peranan penting jururawat dan bidang dalam penjagaan kesihatan moden.

    Beliau menambah bahawa sebagai asas kepada penjagaan pesakit dan tulang belakang sistem penjagaan kesihatan kita, kepakaran mereka dan balas kasihan mereka melangkaui menyembuh individu tetapi mereka mengukuhkan dan mengangkat masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan.

    Antara sorotan acara bagi sambutan tahun ini ialah Move for Hope iaitu siri acara zumba yang merupakan acara komuniti utama yang dilengkapkan dengan sesi berbasikal, Spin for Hope.

    Inisiatif-inisiatif kecergasan berkenaan bermatlamat untuk mempromosikan kesejahteraan sambil mengutip dana bagi Program Ri’ayah Wa Mahabah (RWMP) di bawah Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan.

    Majlis sambutan pada tahun ini juga akan mengetengahkan Persidangan INMD 2025 yang menyediakan peluang pembangunan profesional serta acara penghargaan khas yang mengiktiraf sumbangan kakitangan kepada penjagaan pesakit.

    Melangkaui acara keraian, inisiatif JPMC menangani ketidaksaksamaan pendidikan melalui penyediaan bekalan sekolah, pakaian seragam dan bantuan tuisyen untuk pelajar yang kurang bernasib baik, ditambah pula dengan kempen kesedaran awam mengenai halangan kepada akses pendidikan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda