Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena penubuhan Masjid Kg Bunut

    Oleh Ak Zaki Kasharan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Bunut, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bunut Perpindahan dan Ikatan Persatuan Belia Bunut (IKERAB) hari ini telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena 30 tahun penubuhan Masjid Kampung Bunut.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang diadakan di masjid berkenaan ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah diikuti dengan sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan tahlil yang dipimpin oleh imam masjid berkenaan, Awang Nazri bin Haji Abdul Karim.

    Majlis turut diselajurkan dengan meraikan dua jasawan masjid berkenaan yang telah banyak menyumbang tenaga, buah fikiran, masa dan wang ringgit bagi memajukan serta mengimarahkan masjid sejak terbinanya masjid itu hinggalah ke hari ini. Tetamu kehormat majlis berkesudian menyampaikan cenderahati kenangan sebagai penghargaan kepada jasawan yang diraikan tersebut iaitu Haji Durahim bin Hassan dan Haji Abbad bin Haji Hidup.

    Pegawai Daerah Brunei dan Muara semasa hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda