Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena puja usia

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), kelmarin telah mengadakan Majlis Solat Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Solat Sunat Hajat, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, ke-49 Tahun.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar, Maktab Duli itu ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras) di Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Abdul Rahman.

    Majlis yang dihadiri oleh lebih kurang 200 orang itu dimulakan dengan solat Fardu Maghrib dan Sunat Hajat berjemaah yang dipimpin oleh Pensyarah Usuluddin, Jabatan Pengajian Islam, Maktab Duli, Syed Mohsen bin Syed Abdulrahman Alkaff.

    Kemudian majlis diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran yang dikepalai oleh Ketua Jabatan Pengajian Islam, Maktab Duli, Pengiran Shahmirul Kamal bin Pengiran Haji Rahim sebelum diakhiri dengan solat Fardu Isyak berjemaah.

    Turut hadir ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad; Timbalan Pengetua Pentadbiran, Dayangku Zalina binti Pengiran Haji Aliuddin; Timbalan Pengetua Akademik, Dr Mohd Zamri bin Haji Ismail; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan serta tenaga pengajar dan pelajar Maktab Duli.

    Awang Aliuddin semasa menghadiri majlis tersebut. – Gambar serahan Kementerian Pendidikan
    Antara yang hadir pada majlis tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda