Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis keagamaan sempena ulang tahun penubuhan ke-64

    Oleh Yusrin Junaidi

    Gambar oleh Rokiah Mahmud

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Feb – Sempena memperingati ulang tahun penubuhannya yang ke-64 yang disambut setiap 1 Mac, Jabatan Penjara telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis, hari ini.

    Hadir di majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), Awang Ajman bin Haji Meludin, Pengarah Penjara, Haji Ismail bin Haji Murat, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan Jabatan Penjara.

    Di malis itu, sembahyang Sunat Hajat berjemaah diimamkan oleh Imam Masjid Pehin Khatib Abdullah, Haji Zainal bin Haji Othman dan diikuti dengan acara khatam Al-Quran yang dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Awang Ajman.

    Setelah itu, majlis diteruskan lagi dengan bacaan Doa Tahtim dan Doa Khatam yang diketuai oleh guru agama, Awang Noor Huzaimie bin Haji Murah, manakala itu, bacaan Doa Kesyukuran dipimpin oleh Haji Zainal bin Haji Othman.

    Awang Ajman semasa menghadiri Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Masjid Pehin Khatib Abdullah, Kampung Kulapis.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda