BANGKOK, 28 JULAI – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengecam junta Myanmar atas pelaksanaan hukuman gantung ke atas empat banduan politik, meraih pujian hari ini daripada kerajaan bayangan yang disingkirkan.
Dalam satu konsensus luar biasa krisis pasca kudeta, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan satu kenyataan mengecam pelaksanaan hukuman itu – yang pertama Myanmar dalam masa berdekad-dekad – dan menyeru bagi pembebasan segera pemimpin digulingkan, Aung San Suu Kyi.
“Ahli Majlis Keselamatan mengecam hukuman junta Myanmar ke atas aktivis pembangkang pada hujung minggu,” kata majlis itu.
“Ia mengulangi kenyataan Setiausaha Agung PBB pada 25 Julai 2022 dan mahu ia direalisasikan dengan pembebasan segera semua banduan ditahan sembarangan.”
Kenyataan itu turut diendors oleh Rusia dan China – dua sekutu utama junta yang sebelum ini melindunginya di PBB – dan juga negara jiran India.
“Kami menyambut baik kecaman Majlis Keselamatan ke atas pelaksanaan hukuman aktivis demokrasi,” kata National Unity Government (NUG) di akaun sah Twitter.
“Masanya tepat untuk majlis ‘mengambil tindakan konkrit ke atas junta,” tambahnya. – AP