Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Keselamatan PBB undi sekatan ke atas Syria

    PBB, 28 Feb – Majlis Keselamatan PBB hari ini akan mengundi draf resolusi yang akan mengenakan sekatan ke atas Syria bagi penggunaan senjata kimia, menurut para diplomat.

    Rusia berikrar akan menggunakan vetonya untuk menyekat langkah itu, yang akan menjadi kali yang ketujuh Moscow menggunakan kuasa vetonya untuk melindungi sekutunya, Damsyik.

    Cadangan resolusi yang didraf oleh AS, Britain dan Perancis itu akan mengenakan sekatan ke atas 11 warganegara Syria dan 10 entiti yang mempunyai kaitan dengan serangan kimia dalam peperangan yang hampir berusia enam tahun.

    Ia juga akan menegah jualan, membekal atau memindahkan helikopter dan bahan berkaitan termasuklah alat ganti kepada pasukan bersenjata Syria atau pun kerajaan Syria. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda