Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran 22 Februari

    Oleh Yusrin Junaidi

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-34 tahun 1439H/2018M akan diadakan secara serentak di kesemua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara dengan tumpuan utama di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, di sini pada 22 Februari mulai jam 5:45 petang.

    Sehubungan itu, bagi memanjatkan rasa syukur atas limpahan keberkatan, keselamatan, keamanan negara serta kesejahteraan seluruh penduduk Negara Brunei Darussalam, orang ramai dialu-alukan untuk sama-sama hadir ke masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, majlis akan diadakan di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong, Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong, Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong, Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun, Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

    Sementara di Daerah Belait di Masjid Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait, Masjid Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Pandan, Kuala Belait dan Masjid Pekan Seria, Daerah Belait.

    Manakala bagi Daerah Tutong pula akan diadakan di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong pula akan diadakan di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda