Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Majlis Kesyukuran Hari Keputeraan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76, tahun 2022 akan diadakan esok di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai 5:45 petang dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan sebagai tumpuan majlis mengikut daerah-daerah.

    Bagi Daerah Brunei dan Muara, tumpuan majlis adalah di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien; Masjid Hassanal Bokiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Mukim Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara; dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan.

    Daerah Belait di Masijd Muhammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid RPN Kampung Pandan dan Masjid Pekan Seria.

    Manakala itu, bagi Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong dan Daerah Temburong di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar.

    Sehubungan itu, pegawai-pegawai dan kakitangan kerajaan, orang ramai yang beragama Islam dan para jemaah diharapkan dan dialu-alukan untuk bersama-sama hadir ke majlis berkenaan itu nanti.

    Mereka yang hadir dinasihatkan agar mematuhi garis panduan kesihatan termasuk melakukan ujian pantas antigen (ART) sebelum masuk ke tempat majlis di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah di mana hanya individu yang mendapat keputusan negatif sahaja yang dibenarkan masuk, sentiasa memakai pelitup muka, digalakkan mensanitasi tangan, tidak bersalam-salaman, sentiasa melaksanakan penjarakan fizikal dan dimestikan membawa tikar sembahyang berukuran besar.

    Kesemua jemputan dan jawatankuasa yang terlibat akan dibekalkan kit ART dan dikehendaki melakukan ART di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth atau menggambar keputusan ART dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing dengan menulis nama, hari, tarikh dan jam.

    Orang ramai yang ingin menghadirkan diri ke Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah juga dikehendaki melakukan saringan ART di rumah masing-masing dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...