Monday, August 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Majlis kesyukuran sempena Hari Keputeraan ke-78

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang ke-78 tahun, Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) serta jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran bertempat di Surau, Island Block, Bangunan MOFE, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis yang dikelolakan oleh Bahagian Pelaburan, MOFE diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah SWT semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat dan kekal karar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah SWT.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat dan diikuti dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran, diakhiri dengan solat Fardu Asar berjemaah yang dipimpin oleh Pegawai Pemantau Zon 3, Masjid Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, setiausaha tetap, pemangku setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai dan kakitangan MOFE serta jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyertai majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Firma tenusu ‘100% tulen NZ’ tumpas, guna mentega India

    WELLINGTON, 26 OGOS - Sebuah syarikat tenusu Kiwi telah ditumpaskan kerana secara palsu mendakwa produknya adalah ‘100 peratus tulen New Zealand’, sebaliknya menggunakan mentega...