Tuesday, March 18, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran sempena Minggu Taaruf KUPU SB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Majlis kesyukuran mengakhiri Minggu Taaruf Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) ke-15, sesi 2021/2022, yang diadakan di Dewan Tarbiyah, KUPU SB, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Raes KUPU SB, Dr Haji Adanan bin Haji Basar. Seramai 191 orang pelajar baharu iaitu 74 pelajar lelaki dan 117 pelajar perempuan telah mengikuti Minggu Taaruf yang berlangsung selama lima hari bermula 24 Julai lalu.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah sebelum bacaan Surah Al-‘Alaq dari ayat 1 hingga 19 oleh mahasiswa-mahasiswa KUPU SB.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian tausiyah daripada Dr Haji Adanan yang menekankan mengenai kebaikan menuntut ilmu dan kepentingan menjadi seorang rakyat yang berihsan, bijaksana dengan pertunjuk Allah SWT mengikut Al-Quran dan Sunnah.

    Beliau menjelaskan, KUPU SB merupakan institusi yang mendidik para pelajar sebagai Murabbi dengan kemahiran berfikir intelektual, rasional dan logik akal Islami.

    Menurutnya, masyarakat memerlukan para ilmuan yang bukan hanya berilmu tetapi yang mengamalkan ilmunya dan memberi manfaat kepada orang lain.

    Pelajar perlu menjadi orang yang berbakti khususnya kepada keluarga, masyarakat dan kerajaan, tambah beliau.

    Seterusnya, majlis mendengarkan ucapan wakil pelajar sesi pengajian 2021/2022 sebelum diakhiri dengan bacaan ikrar pelajar serta bacaan doa KUPU SB dan doa COVID-19.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda