Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis kesyukuran Ulang Tahun Hari Keputeraan Jumaat ini

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Julai – Majlis Kesyukuran Sembahyang Fardu Maghrib dan Isyak Berjemaah, Membaca Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71, Tahun 1438H/2017M akan diadakan pada Jumaat ini di semua masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara mulai jam 5:45 petang dengan tumpuan utama di Jame’ ‘Asr Hassanil Bolkiah, Kampung Kiarong.

    Di samping itu, beberapa buah masjid lain juga akan dijadikan sebagai tumpuan mengikut daerah-daerah seperti Daerah Brunei dan Muara di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan; Masjid Hassanal Bolkiah, Kampung Mentiri; Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong; Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop; Masjid Sultan Sharif Ali, Kampung Sengkurong; Masjid Al-Muhtadee Billah, Kampung Sungai Kebun; Masjid Setia Ali, Pekan Muara dan Masjid Perpindahan Lambak Kanan. Manakala itu, Daerah Tutong di Masjid Hassanal Bolkiah, Pekan Tutong, Daerah Belait di Masjid Jamalul Alam; Masjid Pekan Seria dan Masjid Perancangan Perumahan Negara Kampung Pandan sementara itu Daerah Temburong pula di Masjid Utama Mohammad Salleh, Pekan Bangar. Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dalam kenyataannya hari ini mengalu-alukan orang ramai hadir ke masjid-masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara bagi sama-sama menghadiri majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda