Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Majlis khatam 76 kali dimulakan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Halaqah Nur Rahmat, kelmarin, telah memulakan bacaan Al-Quran bagi Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun anjuran Pertubuhan Wargamas.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis secara maya itu ialah Yang Di-Pertua Pertubuhan Wargamas, Haji Abu Bakar bin Haji Mohd Don yang melahirkan rasa gembira dengan penglibatan kumpulan Nur Rahmat untuk sama-sama mengagungkan kebesaran Al-Quran sekali gus sebagai pesambah istimewa kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia, seorang raja yang dikasihi.

    “Tidak syak lagi, keberkatan Al-Quran dan pahala yang dijanjikan bagi mereka yang membaca dan mengikuti ajaranNya, malah ia merupakan sebagai bekalan kitani di akhirat nanti,” tambah beliau.

    Beliau menasihatkan supaya semua peserta akan terus beristiqamah dan membacanya dengan tartil dan sempurna bagi mendapatkan keberkatan yang sangat berharga di dunia dan imbalan di akhirat.

    Pelancaran khatam Al-Quran 76 kali khatam telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud pada 1 Mei lalu.

    Antara peserta yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran 76 Kali Khatam yang yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...