Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan, 26 April – Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-35 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison,kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.
Turut hadir ialah ahli-ahli Jawatankuasa Eksekutif Pertahanan, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai dan anggota-anggota tentera dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, dikuti bacaan Surah Ad-Duha sehingga surah An-Nas dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.
