Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majlis Khatam Al-Quran imarah Masjid Kampung Sungai Besar

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Jemaah Tadarus Subuh Masjid Kampung Sungai Besar telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran setelah menamatkan bacaan 30 juzuk di masjid berkenaan, hari ini.

    Hadir menyertai majlis berkenaan ialah Ketua Kampung Sungai Besar, Kampung Serdang dan Sungai Belukut, Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bin Haji Awang Damit.

    Turut hadir ialah Penasihat Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Sungai Besar, Haji Mohiddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Tadarus subuh yang diadakan selepas sembahyang Fardu Subuh berjemaah secara istiqamah itu menjadi ibadah yang sangat besar dengan ganjaran pahala sekali gus mengukuhkan hubungan dalam kalangan pembaca di samping membantu mengimarahkan lagi masjid berkenaan.

    Majlis Khatam Al-Quran ke-9 bagi Tahun 2023 itu dikendalikan sebagai menzahirkan rasa syukur atas usaha yang berterusan para pembaca untuk menetapi sasaran ‘Sebulan Sekali Khatam’ sepanjang tahun ini.

    Leftenan Kolonel (B) Haji Awang Zaini bergambar beramai bersama jemaah yang hadir pada majlis tersebut di Masjid Kampung Sungai Besar. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...