Friday, February 14, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Khatam Al-Quran Kem. Kewangan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini tidak ketinggalan mengadakan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ash-Saliheen, Jabatan Perdana Menteri bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan Al-Mubarak ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan, Dato Paduka Awang Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Setiausaha Tetap (Prestasi), Dayang Norliah binti Haji Kula, timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan dan bahagian, pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya termasuk Pejabat Penerbangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (HMSF) dan Autoriti Monetari Brunei Darussalam (AMBD).

    Majlis khatam tersebut disusuli dengan bacaan Doa Khatam Al-Quran dan Doa Tahlil yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Saliheen, Awang Anuar bin Haji Salim.

    Pada tahun ini Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan majlis bertadarus di tiga buah masjid iaitu Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Tungku, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Kampung Jerudong dan Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Kampung Jangsak di mana wakaf-wakaf telah disampaikan oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan termasuk HMSF dan AMBD. Majlis bertadarus dan khatam Al-Quran Kementerian Kewangan dan jabatan-jabatan di bawahnya tahun ini dikendalikan oleh Jabatan Perbendaharaan.

    Yang Berhormat Dato Seri Paduka Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menyertai Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Ash-Shaliheen.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda