Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Khatam Al-Quran rai pelajar SM SMJA

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Pelajar Tahun 11 Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Serba guna, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan sijil kepada para pelajar yang diraikan ialah Ketua Unit Amali Ugama, Bahagian Kenaziran, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Haji Mohammad Yussof bin Haji Menudin.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar beramai-ramai manakala bacaan Al-Fatihah telah diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

    Antara lain objektif majlis adalah untuk menarik minat pelajar bagi membaca dan berusaha mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dan menanamkan minat pelajar dalam menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti keagamaan.

    Selain itu, ia memberikan keyakinan kepada para pelajar dengan bacaan mereka dan sentiasa berusaha untuk mendalami ilmu tajwid.

    Majlis juga merupakan kesinambungan daripada pelajaran Al-Quran yang dijalankan satu period setiap minggu pada sesi persekolahan yang bermula sewaktu mereka di Tahun 9.

    Ia bertujuan supaya pelajar-pelajar dapat mendampingi Al-Quran, menerapkan pembacaannya setiap hari dan memupuk minat mereka untuk mendalami kitab suci Al-Quran.

    Majlis juga diserikan dengan bacaan takhtim dan Dikir Marhaban oleh pelajar sekolah berkenaan bagi meraikan pelajar yang menyertai dalam majlis khatam itu.

    Antara pelajar SM SMJA yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sekolah berkenaan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SMJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda