Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Khatam Al-Quran semarakkan ibu negara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 NOV – Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan ke-50 bagi tahun 2020 telah diadakan di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Seramai 328 orang mewakili 1,722 orang peserta yang terlibat dalam pembacaan 50 kali khatam Al-Quran yang terdiri daripada pegawai dan kakita-ngan jabatan-jabatan kerajaan, penuntut institusi-institusi pe-ngajian tinggi, pihak swasta, perkumpulan dan orang perseorangan telah menghadiri majlis berkenaan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN), perhimpunan dalam Majlis Khatam Al-Quran Al-Karim itu bertujuan untuk sama-sama mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.

    Majlis berkenaan merupakan aktiviti tahunan yang diungkayahkan oleh Jabatan Bandaran Bandar Seri Bega-wan yang diharap akan dapat menambah nilai kepada Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei ke-50 pada tahun ini.

    Pada majlis itu, bacaan Khatam Al-Quran beramai-ramai dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar sementara Takhtim dan Doa Khatam dibacakan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Amran bin Haji Mohd Salleh.

    Majlis diimarahkan lagi dengan laungan Dikir Marhaban beramai-ramai dan Doa Kesyukuran dibacakan oleh Pegawai Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Begawan Mudim Haji Metassim bin Haji Metussin.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Khatam Al-Quran sempena Sambutan Memperingati Hari Ulang Tahun Penukaran Nama Bandar Brunei kepada Bandar Seri Begawan ke-50, kelmarin. – Gambar serahan KHEDN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda