Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam dalami pemahaman Al-Quran

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan dalam bulan Ramadan untuk memupuk budaya membaca Al-Quran dalam organisasi dan mempromosikan ajarannya sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian selepas bulan Ramadan, Progresif Sdn Bhd telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran di ibu pejabatnya di Gadong, kelmarin.

    Majlis berkenaan juga berfungsi sebagai platform untuk pekerja berkumpul dalam perpaduan rohani dan mendalami pemahaman mereka tentang ajaran Al-Quran. Hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua Pejabat Pentadbiran Progresif, Awang Abdul Hakeem bin Haji Basir, pasukan pengurusan kanan dan pekerja-pekerja Progresif.

    Pada majlis itu, bacaan Surah Adh-Dhuha hingga Surah Al-Masad diketuai oleh Awang Muhammad Fawzan bin Abu Kasim dari Pengurusan Al-Huffaz bersama 30 orang kakitangan Progresif yang turut menyertai khatam Al-Quran.

    Antara yang hadir semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN PROGRESIF
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda