Saturday, April 5, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam dorong pelajar sentiasa baca Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar Serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OKT – Seramai 58 pelajar Sekolah Ugama Anak-anak Pasukan Polis Diraja Brunei diraikan pada majlis khatam Al-Quran setelah berjaya menamatkan pembacaan Al-Quran 30 juzuk, kelmarin.

    Majlis yang berlangsung di Dewan Bankuet Mes, Kompleks Ibu Pejabat Polis itu dihadiri oleh tetamu kehormat, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin dan datin yang turut merenjis minyak wangi dan menyampaikan sijil khatam kepada pelajar-pelajar yang diraikan.

    Majlis yang merupakan aktiviti tahunan sekolah berkenaan adalah bagi menepati hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran, selain, memberi galakan kepada para pelajar untuk sentiasa membaca Al-Quran dengan betul dan lancar dan mereka berjaya mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan persekolahan agama darjah 6.

    Majlis turut diserikan dengan laungan Dikir Marhaban oleh pelajar lelaki sekolah berkenaan dan bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong, APO Staf Sarjan 6472 Mohd Yusri bin Haji Abu Bakar.

    Salah seorang peserta khatam menerima cendera-hati daripada tetamu kehormat.
    Para peserta khatam yang diraikan di majlis itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda