Oleh Ak Zaki Kasharan BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Jemaah tadarus subuh Al-Quran Masjid Kampung Sungai Besar melahirkan rasa syukur setelah dikurniakan hati yang kukuh dengan keupayaan secara istiqomah menjalani ibadah teragung dengan bertadarus Al-Quran setiap hari. Bagi menterjemahkan rasa syukur itu, jemaah berkenaan telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran ke-11 kali bagi tahun ini,