Oleh Nurdiyanah R. – BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Seramai 19 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama (SU) Berakas Garison diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Dewan Sekolah Rendah Berakas Garison, petang kelmarin. Majlis tersebut diadakan sebagai penghargaan atas kejayaan para pelajar yang telah menamatkan pembacaan 30 juzuk Al-Quran, di samping memupuk

