Wednesday, June 26, 2024
23 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai 15 pelajar

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Seramai 15 orang murid Darjah 6 terdiri daripada enam orang murid lelaki dan sembilan orang murid perempuan yang berjaya mengkhatamkan bacaan 30 juzuk Al-Quran, diraikan dengan majlis khatam di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Madang, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu khas majlis berkenaan ialah Pegawai Pelajaran Kanan, Jabatan Kenaziran Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Soffian bin Haji Sharbini.

    Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu khas dan diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam.

    Majlis kemudiannya diikuti dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid Darjah 4 dan 5. Manakala Doa Khatam pula dibacakan oleh Awang Aariyan Safwah El-Amin bin Soffian, salah seorang peserta khatam.

    Di samping itu, majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Ashraqal dan diteruskan dengan penyampaian sijil khatam yang disempurnakan oleh tetamu khas. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Erwin Ahmad bin Haji Mustafa.

    Antara tujuan majlis diadakan adalah untuk menyahut hasrat kerajaan bagi melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping sebagai galakan kepada murid-murid untuk menjadikan pembacaan Al-Quran budaya dan amalan hidup seharian.

    Awang Soffian bergambar ramai bersama pelajar yang diraikan semasa majlis yang diadakan di Bilik Ibadat Sekolah Ugama Madang, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bunuh 3 anak, ibu dipenjara 18 tahun

    WELLINGTON, 26 JUN - Seorang hakim di New Zealand hari ini menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun kepada seorang wanita kerana membunuh tiga anak perempuannya...