Friday, June 28, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Majlis khatam rai 29 pelajar

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Seramai 29 orang pelajar Darjah 6 Sekolah Ugama Katimahar yang terdiri daripada 13 pelajar lelaki dan 16 pelajar perempuan telah diraikan pada Majlis Khatam Al-Quran kelmarin setelah menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar itu ialah Ketua Bahagian Kurikulum, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Johar bin Haji Jumat.

    Majlis bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat, diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam dan diteruskan dengan bacaan takhtim oleh murid-murid perempuan Darjah 4 dan 5 sekolah berkenaan.

    Sementara itu, Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Awang Mohammad Asyraf bin Abdul Ghafar. Majlis turut diserikan dengan persembahan Dikir Dabaie oleh murid-murid lelaki Darjah 4 dan 5.

    Penyampaian sijil khatam telah disempurnakan oleh tetamu kehormat sebelum diakhiri dengan Doa Selamat yang dibacakan oleh Haji Muhd Saifullah bin Haji Puteh.

    Antara tujuan majlis berkenaan diadakan adalah bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping galakan bagi menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya dan amalan harian.

    Haji Johar pada Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Sekolah Ugama Katimahar, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU
    Antara pelajar yang diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KHEU

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea S, AS dan Jepun mula latihan ketenteraan

    SEOUL, 27 JUN - Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun memulakan latihan ketenteraan baharu hari ini, kata Ketua Turus Tentera Seoul, ketika sekutu-sekutu...