Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis khatam rai ulang tahun ABDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Sempena hari ulang tahunnya yang ke-58, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah mengadakan majlis khatam Al-Quran yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis khatam yang disertai 116 orang peserta berkenaan ialah Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Pengiran Dato Paduka Seri Aminan bin Pengiran Haji Mahmud.

    Turut hadir ialah para pemerintah angkatan tentera, pemerintah angkatan bersama, para pengarah tentera, komandan, pegawai kanan, pegawai serta anggota ABDB.

    Majlis bermula dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Waran 2 Aliuddin bin Haji Sarbini, dan diakhiri dengan bacaan Doa Khatam oleh Pegawai Ugama di Jabatan Agama ABDB, Leftenan Mohd Farid bin Raffi.

    Majlis diteruskan dengan Dikir Marhaban serta penyampaian cenderahati kepada para peserta khatam Al-Quran serta ditutup dengan bacaan doa.

    Pemerintah ABDB semasa menyampaikan cenderahati kepada para peserta khatam
    Antara anggota ABBD yang menyertai majlis khatam sempena ulang tahun ABDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda