Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 murid diraikan dalam majlis khatam

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 10 JULAI – Seramai 27 orang murid yang terdiri daripada 11 murid lelaki dan 16 murid perempuan Sekolah Ugama Keriam, Daerah Tutong diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Dewan Galaksi sekolah berkenaan kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Pendidikan Teras), Kementerian Pendidikan, Awang Aliuddin bin Haji Rahman, yang turut memulakan majlis dengan bacaan Surah Al-Fatihah.

    Majlis diteruskan dengan bacaan surah-surah lazim oleh para peserta khatam, diikuti dengan Doa Khatam Al-Quran yang dipimpin oleh Awang Muhammad Khairul Izzan bin Kamarul Ihsham.

    Majlis disusuli dengan penyampaian sijil penghargaan kepada para peserta yang disempurnakan oleh tetamu kehormat dan diiringi oleh persembahan Dikir oleh murid-murid.

    Acara ditutup dengan bacaan Doa Selamat oleh Awang Haji Saiful Rizal bin Haji Sabtu.

    Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai murid-murid tersebut kerana telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran, yang mana selaras dengan hasrat kerajaan dalam melahirkan generasi celik Al-Quran, beriman, beramal dan bertakwa.

    Kejayaan penganjuran majlis ini turut didukung oleh sokongan padu para ibu bapa dan penjaga, yang sentiasa memberikan dorongan terhadap pembelajaran Al-Quran anak-anak mereka.

    Ia juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama dalam mengukuhkan penghayatan hidup beragama dalam kalangan murid-murid serta menyemarakkan syiar Islam di negara ini.

     Semua di atas: Antara suasana majlis berkenaan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda